PENGAJIAN MALAYSIA
BAB 2:PERLEMBAGAAN MALAYSIA
2.5 KONTRAK SOSIAL
HURAIKAN KESAN KONTRAK SOSIAL YANG TERKANDUNG DALAM PERLEMBAGAAN KE ATAS KEHIDUPAN RAKYAT MALAYSIA SEHINGGA KINI.
NAMA AHLI:
Yuyun Binti Edi (02DTM18F1008)
Nurul Atiqa Binti Zulaidi(02DTM18F1100)
Izzati Binti Abdul Rahim(02DTM18F1027)
Nur Haliza Binti Amiruddin Lee(02DTM18F1097)
Yuyun Binti Edi (02DTM18F1008)
Nurul Atiqa Binti Zulaidi(02DTM18F1100)
Izzati Binti Abdul Rahim(02DTM18F1027)
Nur Haliza Binti Amiruddin Lee(02DTM18F1097)
NAMA PENYEMAK:
En.Mohd Noor Zaidi Bin Mohd Zawawi
Kontrak sosial di Malaysia adalah persetujuan yang dicapai sebelum merdeka di kalangan wakil dari UMNO,MCA,MIC. Permuafakatan ini terjadi antara rakyat dan pemimpin dari tiga kaum utama iaitu dari kaum Melayu yang mewakili UMNO,kaum Cina yang mewakili MIC,dan kaum India yang mewakili MCA menerusi Perlembagaan Persekutuan.
Dengan wujudnya permuafakatan sosial ini,berlakunya penggantian beri-memberi atau quid pro quo antara orang Melayu dan orang bukan Melayu.Orang Melayu bersedia mengubah tanah asal tumpah darah keturunan mereka menjadi tanah perkongsian dengan orang Cina dan India.Orang Melayu bersetuju memberikan hak kewarganegaraan berdasarkan prinsip jus soli kepada orang-orang bukan Melayu.Sebagai balasan orang bukan Melayu haruslah bersetuju agar kedudukan istimewa orang Melayu,kedudukan agama Islam,bahasa Melayu dan kedudukan Raja-Raja Melayu dikekalkan dalam perlembagaan.
Permuafakatan dan tolak ansur antara orang Melayu dan bukan Melayu ini juga merupakan nilai-nilai tradisi dalam Perlembagaan Malaysia .Menurut Tun Mohamed Suffian Hashim(bekas Ketua Hakim Negara),Perlembagaan Persekutuan masih mengekalkan unsur tradisi,iaitu institusi beraja,agama Islam,bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu.
Namun begitu,terdapat beberapa kesan kontrak sosial yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan ke atas kehidupan rakyat Malaysia sehingga kini.Antara kesan yang pertama ialah Kemerdekaan negara berjaya dikekalkan sehingga kini dengan adanya permuafakatan antara orang Melayu,Cina dan India.Hal ini kerana,jika merancang sesuatu perkara dalam mesyuarat atau apa-apa sahaja kesepakatan antara semua kaum perlu dipersetujui semua pihak.Dengan itu,kemerdekaan yang dikecapi dahulu dapat dijadikan simbolik tanda semua kaum bekerjasama untuk mengekakalkan kemerdekaan sehingga kini.
Selain itu,kesan yang kedua daripada kontrak sosial ialah perpaduan kaum dapat dicapai.Hal ini dikatakan demikian kerana ,masyarakat sekarang saling tolong menolong tanpa mengira bangsa dan agama dalam membantu sesuatu perkara.Perpaduan juga merupakan aset negara yang amat penting dan merupakan tulang belakang kemajuan negara.Hal ini kerana,dengan wujudnya perpaduan kita mampu menghadapi ancaman dari luar pada bila-bila masa .Jika semua rakyat negara kita bersatu tanpa mengira kaum,maka kita dapat mempertahankan negara kita daripada diancam oleh musuh.Bak kata pepatah"bersatu kita teguh,bercerai kita roboh".Justeru itu,kita mestilah sentiasa memelihara dn menjaga perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum di negara kita.
Seterusnya,kesan pembentukan kontrak sosial yang terkandung dalam Perlembagaan ke atas kehidupan Malaysia hingga kini ialah dapat menjamin hak istimewa orang Melayu.Hal ini dikatakan demikian kerana,dengan wujudnya tiga perkara utama iaitu perkhidmatan awam,ekonomi dan pendidikan dapat memberi kelebihan kepada kaum Melayu sehingga sekarang.Dari segi perkhidmatan awam hak untuk orang Melayu mendapat tanah dengan kebenaran oleh Kerajaan Negeri kerana pembukaan tanah adalah di bawah kawal selia Kerajaan.Kerajaan Negeri boleh membuka tanah khas untuk orang Melayu tanpa sebarang syarat.Selain itu juga jawatan dalam kerajaan seperti jawatan -jawatan kanan dalam kerajaan Persekutuan Tanah Melayu mestilah diperuntukkan pada nisbah yang tertentu untuk kaum Melayu dan orang bukan Melayu.Bagi aspek ekonomi,YDPA bertanggungjawab membantu urusan orang-orang Melayu serta bumiputera dari Sabah dan Sarawak dalam urusan perniagaan dan perdagangan.Hal ini kerana,ia memberi kelebihan kepada orang Melayu untuk mendapatkan lesen-lesen atau kebenaran tertentu bagi mereka yang menjalakan aktiviti perusahaan atau aktiviti ekonomi yang lain.Dari aspek pendidikan,kesan yang wujud hingga sekarang untuk kaum Melayu ialah peruntukkan biasiswa atau bantuan yang lebih banyak untuk penuntut kaum Melayu berbanding penuntut bukan kaum Melayu.
Disamping itu,kesan kontrak sosial yang terkandung dalam Perlembagaan ialah kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi masih dikekalkan sehingga sekarang.Hal ini kerana pelbagai kaum ada di negara kita sekarang boleh mempengaruhi semua pihak untuk menukarkan tapi melalui perjanjian kontrak sosial yang dipersetujui semua pihak pada zaman dahulu agama Islam dapat dikekalkan menjadi agama rasmi dalam negara.Terdapat beberapa Perundangan Negeri berkaitan agama Islam yang digunakan sehingga sekarang antaranya ialah perwarisan (berwasiat dan tidak berwasiat),Munakahat pertunangan,perkahwinan,perceraian,mas kahwin,nafkah dan lain-lain),wakaf dan takrif serta pengawalseliaan amanah khairat,adat istiadat Melayu,Zakat Fitrah dan Baitulmal,Masjid atau tempat awam,Mengadakan hukuman bagi kesalahan yang dilakukan oleh orang Islam terhadap rukun Islam (kecuali perkara yang termaktub dalam Senarai Persekutuan),Keanggotaan,susuanan dan tatacara Mahkamah Syariah dan yang terakhir Mengawal pengembangan doktrin dan kepercayaan dalam kalangan penganut agama Islam.Dengan adanya perundangan di atas dapat menjamin kesejahteraan kaum Melayu.
Kesan kontrak sosial yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia sehingga kini yang lain ialah bahasa melayu menjadi bahasa kebangsaan dalam percakapan semua kaum walaupun kaum lain mempunyai bahasa tersendiri.Hal ini kerana,bahasa melayu telah diiktirah sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152 di kontrak sosial.Justeru, bahasa melayu dijadikan bahasa untuk berkomunikasi untuk semua kaum tujuannya adalah untuk menyatupadukan hubungan antara kaum yang pelbagai asal keturunan yang mempunyai bahasa pertuturan masing-masing.Dengan itu,bahasa sentiasa menjadi faktor penting dalam menentukan jati diri sesebuah negara.
Akhir sekali,kesan kontrak sosial sehingga kini ialah pemerintahan beraja dikekalkan.Hal ini dikatakan demikian kerana,Raja-Raja telah memerintah negeri masing-masing sejak dahulu lagi dan seluruh rakyat telah memberikan sepenuh taat setia.Selain itu,setelah Tanah Melayu mendapat kemerdekaan intitusi diraja masih diteruskan dengan berkonsepkan demokrasi berparlimen.Yang Di-Pertuan Agong diberi kuasa memerintah perseketuan tetapi perlu mengikut nasihat Jemaah Menteri.Seterusnya,tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan,kedudukan,kemuliaan atau kebesaran raja-raja.Dengan itu,kita dapat memupuk taat setia kepada negara kerana raja yang bertanggungjawab memerintah kita dengan adil.
Kesimpulannya,terdapat pelbagai kesan kontrak sosial yang terkandung dalam Perlembagaan kepada negara Malaysia kita sekarang.Justeru,tanah melayu tidak mungkin akan mencapai kemerdekaan 1957 tanpa kontrak sosial kerana pihak British menjadikan permuafakatan sebagai prasyarat kemerdekaan.Kontrak sosial merupakan perkara asas yang menjadikan Malaysia sebuah negara merdeka di bawah pemerintahaan Demokrasi Perpalimen.Dengan itu,perpaduan kaum perlu dikekalkan untuk mencapai kesejahteraan negara.Setiap rakyat juga atau kaum perlu menyingkirkan sikap mementingkan diri sendiri dan kehidupan berpuak-puak.Setiap kaum juga perlu saling hormat-menghormati setiap amalan dan kepercayaan kaum lain.
PENGHARGAAN:
Kami amat berterima kasih kepada pensyarah kami iaitu En Mohd Zaidi yang banyak memberi galakan dan sokongan kepada kumpulan kami untuk menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang ditetapkan.Selain itu,kami juga tidak akan lupa untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa kami yang memberikan kesenangan kepada kami dengan memberi laptop dan menaja internet setiap bulan.Oleh disebabkan itu kami mampu menyiapkan tugasan ini dengan kemudahan yang disediakan tanpa perlu mengeluarkan duit untuk pergi ke PUSKEP dan membazir masa menunggu giliran dengan keadaan yang tidak selesa,dikerumuni oleh orang ramai dalam kawasan yang sempit.Tidak lupa juga kepada ahli kumpulan yang banyak membantu kami dari segi masa,tenaga dan idea.
Sekian,Terima Kasih
PENGHARGAAN:
Kami amat berterima kasih kepada pensyarah kami iaitu En Mohd Zaidi yang banyak memberi galakan dan sokongan kepada kumpulan kami untuk menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang ditetapkan.Selain itu,kami juga tidak akan lupa untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa kami yang memberikan kesenangan kepada kami dengan memberi laptop dan menaja internet setiap bulan.Oleh disebabkan itu kami mampu menyiapkan tugasan ini dengan kemudahan yang disediakan tanpa perlu mengeluarkan duit untuk pergi ke PUSKEP dan membazir masa menunggu giliran dengan keadaan yang tidak selesa,dikerumuni oleh orang ramai dalam kawasan yang sempit.Tidak lupa juga kepada ahli kumpulan yang banyak membantu kami dari segi masa,tenaga dan idea.
Sekian,Terima Kasih